Kadang - kadang aku rasa kamu seperti milik aku,
Tetapi sebenarnya aku salah,
Aku lupa kamu milik yang satu,
Kamu milik Allah tuhanku.
Kadang - kadang aku rasa cemburu,
Melihatkan ramai orang begitu menyayangimu,
Bukannya aku tidak suka kamu disayangi,
Sumpah aku tidaklah seperti itu,
Cuma aku rasa tergugat,
Aku rasa takut,
Aku rasa terancam,
Kalau - kalau kasih sayang aku ditolak ketepi.
Kadang - kadang aku fikir aku nih teruk,
Kadang - kadang aku fikir aku nih tamak,
Kenapa perlu menghalang atau dengki pada orang lain,
Mereka juga pastinya berperasaan seperti aku,
Pasti masing - masing akan menunjukkan sifat kasih sayang mereka pada kamu,
Ya, aku memang insan yang teruk.
Aku cuba buang perasaan cemburu itu jauh - jauh,
Walaupun sebenarnya aku tidak mampu buang,
Aku tak suka melihat kamu menangis,
Aku nak kamu gembira,
Gembira melayari kehidupanmu sehari - hari,
Apabila aku buat kamu kecewa dengan sikapku,
Aku beribu kali kecewa dengan diriku sendiri,
Sumpah aku menyesal.
Kini aku tahu aku tidak perlu cemburu,
Itu semua kerja syaitan,
Aku tak kisah jika kamu lebih sayangkan orang lain,
Aku cuma mahu kamu tahu,
Aku sayangkan kamu,
Aku sayangkan kamu,
Aku sayangkan kamu.
Orang yang aku sayang sentiasa meninggalkan aku satu persatu,
Meninggalkan aku diwaktu aku gembira berada dengan mereka,
Kadang - kadang aku bingung,
Adakah takdir aku begini,
Adakah selama - lamanya begini,
Tetapi aku tidak boleh salahkan takdir,
Itu semua ujian Allah,
Aku redha dengan ketentuannya.
Aku mahu kamu tahu,
Kamu sudah seperti ahli keluargaku,
Aku mahu kamu tahu,
Aku teringin mahu dengar alunan suara lagu dari kamu,
Yang sentiasa memberi kekuatan dalam diriku,
Aku mahu kamu tahu,
Aku teringin mahu kita bermandi air hujan seperti hujan petang tadi,
Yang paling penting,
Aku cuma mahu kamu tahu,
Aku sayangkan kamu,
Aku sayangkan kamu,
Aku sayangkan kamu.. _._._._._
p/s : dari seorang sahabat ...
No comments:
Post a Comment